Mintak maaf. Entry ni sebenarnya aku copy. Tapi aku tukar sikit ayat. Bukan apa, sebagai pembakar semangat aku sendiri. Sperm bukan hanya lelaki. Perempuan jugak dilahirkan dari sperm. Hakikatnya, lelaki yang keluarkan sperm. Kehkeh
Sperm. Satu perkataan yang bakal
membuat otak anda ligat berfikir. Bergantung kepada si pemakai otak dan
cara mereka menggunakan otak. Tahukah anda asal usul kita dari sperm?
Masihkah anda ingat zaman sperm anda? Okay jom kita imbas apa yang dah kita lupa.
1- Ekor
Kita semua dah lupa pada masa dahulu
kita semua mempunyai ekor badan dan kepala. Tiada tangan. Tiada kaki. Kepada yang benci kepada haiwan yang berekor, kita serupa! Tak ingat ke? *aku pun tak ingat
2- Berenang
Pada zaman dahulu kita seorang
perenang yang hebat. Jauh perjalan kita tempuh. Berhari hari berminggu minggu. Dengan bantuan ekor kita berjaya berenang ke
sana ke sini dengan jayanya. Tapi hari ini mungkin ada yang menyesal
dengan diri sendiri. " Kenapa aku dah tak pandai berenang macam dulu. *sigh "
3- Pantas
Di dalam berjuta juta persaing kita
yang lain. Kitalah yang terpantas. Bukti? Lihat cermin anda akan nampak
wajah anda. Wujudnya anda di dunia ini kerana kepantasan anda menang di dalam
acara berenang pecut ke ovum. Sayangnya pesaingan kita terpaksa berkorban demi masa depan kita.
4- Ovum
Anda lupa perasaan debar dan gembiranya ketika anda ternampak kelibat si Ovum. Saat itu adalah saat paling indah
di dalam zaman sperm kerana perjuangan anda berada di kemuncak. Anda sudah sampai ke destinasi yang anda cari selama ini. Ovum milik awak.
5- Gembira
Anda berasa gembira dengan rezeki
anda untuk melihat dunia semakin hampir. Mengikut nenek moyang di dalam
zaman sperm. Dunia adalah satu benda yang penuh dengan seribu satu
misteri. Anda semakin hampir dengan dunia. Perasaan itu indah! Anda tidak fikir, apa kebaikan dan apa keburukan di luar sana. Tapi kita sebagai manusia. Ada tugas sebenarnya di dunia ini.
Terima Kasih ♥
Alif Izzuddin Badlishah